Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Ismail Hussein adalah seorang pelopor dan penyeri Dunia Melayu yang tidak asing lagi, dilahirkan di Kampung Simpang Empat, Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah pada 30 Januari 1932. Beliau talahpun mendirikan rumah tangganya dengan Puan Rugayah Abdul Rashid pada tahun 1964 dan telah dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Beliau telah mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Sungai Limau Dalam, kemudiannya di Sekolah St Micheal, Alor Setar, Kedah sebelum berpindah ke Maktab Sultan Abdul Hamid.

Pada tahun 1955, Universiti Malaya telah menerima beliau untuk mengikuti jurusan pengajian Melayu dan mendapan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama pada tahun 1959 dan Ijazah Sarjana pada tahun 1961. sejurus tamat prngajian beliau melanjutkan pengajian di Universiti Leiden hingga tahun 1964.

Beliau kembali ke Universiti Malaya menjadi pensyarah pada tahun 1960 dan telah dilantik sebagai Profesor Kesusasteraan Melayu pada tahun 1971. beliau penah dilantik sebagai Tmbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan kemudiannya sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu dari tahun 1978-1984. Pada tahun 1987 beliau telah menjadi Pengarah Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dimana beliau telah melancarkan siri Kongres Cendekiawan Melayu selain menjalankan pelbagai kegiatan dan pertemuan ilmiah.

Beliau juga dilantik menjadi Ketua Satunya hingga kini sejak GAPENA ditubuhkan pada 23 Oktober 1970. Pada tahun 1965 beliau telah menjadi ahli kemudian sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa Dan Pustaka. Antara lembaga lain yang dianggotainya ialah sebagai Panel Anugerah Sastera Negara, Majlis Penasihat Kebangsaan Berkenaan Kebudayaan, Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan, Jawatan Pusat Manuskrip Melayu dan Yayasan Karyawan.

Melalui GEPENA beliau menggunakan keahliannya dalam lapangan serta pengalaman perhubungan kebudayaan yang ada bagi melancarkan kegiatan bahasa kesusasteraan dan kebudayaan Melayu pada peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Terpenting ialah hubungan pelopor dengan kelompok-kelompok budaya Melayu antarabangsa dengan mengadakan Simposium Kebudayaan Melayu di Sri Lanka, Veitman, Yunnan-China, Cape Town-Afrika Selatan, Mindanao-Filipina selain daripada wilayah Nusantara sendiri. Kemuncaknya ialah penyelenggaraan Simposium Jaringan Melayu Antarabangsa dan Simposium Melayu Sedunia di Shah Alam pada tahun 1996, serentak dengan itu ditubuhkan Yayasan Sekretariat Melayu Antarabangsa beliau telah dilantik menjadi Pengarah Eksekutif.

Semasa alam persekolahan lagi beliau telah menunjukkan minat dalam kebudayaan, terutamanya penulisan dengan menjadi editor untuk majalah sekolah dan majalah bahasa keluaran Persekutuan Bahasa Melatu Universiti Malaya semasa menuntut di Universiti. Antara bibliografi beliau ialah Kepimpinan dalam Kebudayaan (1984); Cita-cita dan Perjuangan (1987); Segugus Pandangan dan Harapan (1988); Inti Perutusan (1988); Statements on Malay Language and Literature (1989); Indeks Akhbar (1989); Tamadun Melayu (1989); Jejak Langkah Ismail Hussein (1993); Kumpulan Makalah Memperingati Persaraan Ismail Hussein (1994); Pengajian Melayu di Dunia Melayu (1994); Dunia Melayu dan Dunia Indocina (1995) dan Bahasa Melayu di Dunia Melayu.

PENCAPAIAN   |   KOLEKSI BUKU
     
 

BIODATA