Pengenalan GAPENA

Mukadimah

Menyedari perlunya kegiatan dan gerakan secara kolektif dalam hal-hal penting yang melibatkan  penulis, penulisan dan kesusasteraan, maka persidangan wakil-wakil persatuan penulis yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 23 Oktober 1970 sebulat suara bersetuju menubuhkan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) sebagai penjelmaan cita-cita dan sikap penulisan dengan Perlembagaan yang tertulis.

Tujuan Penubuhan

1. Menyatupadukan penulis-penulis tanahair yang menulis dalam Bahasa Kebangsaan;
2. Mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan-kepentingan penulis;
3. Memberikan sumbangan moral dan material secara kolektif kepada tujuan dan cita-cita Gabungan;
4. Mengusahakan peluang-peluang untuk penulis-penulis memajukan bakat mereka;
5. Menyatupadukan semua rakyat negara ini menerusi bahasa rasmi yang tunggal iaitu Bahasa Melayu;
6. Mencari, mendapatkan dan mengendalikan harta alih dan harta tidak alih di mana-mana sahaja dalam Malaysia dan luar negara, dan bagi menyempurnakan tujuan ini Gabungan bolehlah menubuhkan apa-apa entiti, syarikat, badan korporat atau yayasan; dan
7. Berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kegiatan Gabungan

1. Mengeluarkan majalah/lidah rasmi;
2. Mengusahakan penerbitan karya penulis dalam rangka memperkaya kesusasteraan dan ilmu pengetahuan;
3. Mewakili penulis tanahair dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan penulis di dalam:
  a. persidangan dan pertemuan-pertemuan penulis di dalam dan luar negeri;
  b. jawatankuasa-jawatankuasa dan lembaga-lembaga terutama sekali yang ada hubungan dengan bahasa dan kesusasteraan.
4. Menjalankan kegiatan ekonomi yang dapat membantu golongan penulis;
5. Menjalankan langkah-langkah yang difikirkan patut dari semasa ke semasa, sesuai dengan cita-cita Gabungan

JAWATANKUASA GAPENA
     
  GAPENA