KOLEKSI   |    GAPENA
SEJARAH PENUBUHAN KOLEKSI ISMAIL HUSSEIN
BIODATA PROF. TAN SRI DATO' PENDETA ISMAIL HUSSEIN
PERASMIAN KOLEKSI ISMAIL HUSSEIN
KEISTIMEWAAN DAN KEUNIKAN KOLEKSI ISMAIL HUSSEIN
KOLEKSI BUKU
       
 

KOLEKSI ISMAIL HUSSEIN

   
Tahun 1988 merupakan era penting dalam sejarah perkembangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah (PPAK). Ini kerana pada tahun tersebut Prof. Tan Sri Dato' Pendeta Ismail Hussein, seorang sarjana pengajian Melayu telah menyumbangkan lebih 10,000 naskhah bahan meliputi buku-buku berkenaan sejarah bangsa, bahasa, kebudayaan dan kesenian Melayu. Selain daripada bahan berbentuk buku, beliau juga turut menyumbangkan bahan-bahan dalam bentuk gambar-gambar, keratan akhbar, slaid, teks ucapan dan lain-lain bahan yang amat penting kepada dunia Melayu. Bahan-bahan ini diserahkan kepada kerajaan negeri Kedah untuk diabadikan di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.
                                                                                                                                             info seterusnya
GAPENA - GABUNGAN PERSATUAN PENULIS NASIONAL MALAYSIA
Menyedari perlunya kegiatan dan gerakan secara kolektif dalam hal-hal penting yang melibatkan  penulis, penulisan dan kesusasteraan, maka persidangan wakil-wakil persatuan penulis yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 23 Oktober 1970 sebulat suara bersetuju menubuhkan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) sebagai penjelmaan cita-cita dan sikap penulisan dengan Perlembagaan yang tertulis. Dalam tempoh 33 tahun bergiat, GAPENA berusaha meninggikan imej golongan sasterawan dan budayawan di kalangan masyarakat melalui kegiatan yang menimbulkan suasana dinamik kepada perkembangan bahasa dan kesusasteraan di Malaysia khususnya, dan di Nusantara amnya.
                                                                                                                                              info seterusnya