"Koleksi Ismail Hussein"adalah sebuah koleksi yang “ living ”. Ia berkembang dengan bahan-bahan baru yang akan memperkayakan lagi koleksi ini. Ketika bahan-bahan diserahkan pada Tahun 1988, jumlah koleksi hanya 3798 naskhah sahaja. Kini telah meningkat kepada lebih dari 12,000 naskhah. Watak serta situasi pemilik koleksi sebagai seorang pemikir dapat dilihat melalui khazanah koleksi peribadi yang dikumpul sejak 37 tahun lalu. Ia merupakan koleksi peribadi yang kaya dalam bidang Dunia Melayu. Keisimewaan koleksi ini boleh dilihat dari segi kepelbagaian buku dan bahan-bahannya. Koleksi ini agak luar biasa jika dibandingkan dengan koleksi yang ada di perpustakaan atau pusat maklumat yang lain.

Prof. Tan Sri Dato' Pendeta Ismail Hussein pada dasarnya terdidik sebagai ahli fiologi yang bergelut dengan naskhah-naskhah sastera dalam hubungan dengan konteks kebudayaan yang luas. Di Universiti Malaya (UM) ditelitinya naskhah Hikayat John manakala di Leiden dipelajarinya bahasa-bahasa Jawa kuno, Acheh, Tagalog dan Malagasi ( Madagascar ). Sebahagian besar dari tugas syarahan dan penyelidikan ditumpukan kepada naskhah-naskhah tulisan tangan Melayu, yang dianggarkan 10,000 naskhah semuanya. Khazanah itu mengungkapkan tradisi dan juga Melayu global yang asasi di kepulauan Melayu. Demikianlah kewajipan bangsa Melayu untuk menyimpan banyak dokumentasi dari proses itu. Prof. Tan Sri Dato' Pendeta Ismail Hussein juga merupakan salah seorang yang terlibat dalam pembinaan Pusat Manuskrip Melayu di Perpustakaan Negara Malaysia .

"Koleksi Ismail Hussein" adalah yang terlengkap mengenai kegiatan dan karya Ismail Hussein serta dokumentasi GAPENA yang diterajui sejak ditubuhkan pada 23 Oktober 1970. semua surat siaran, buku cenderamata, laporan tahunan dan gambar-gambar serta penerbitan GAPENA tersimpan disini, termasuk fail kegiatan bagi 25……Kerabatnya juga gerakan Badan Sahabat di seluruh dunia Melayu terutama di Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia dan Selatan Thailand. Ada fail yang cukup khas tentang masyarakat Melayu di Sri Lanka dan Cape Town . Tersimpan juga fail kertas ratusan seminar, pertemuan, symposium dan kongres yang GAPENA adakan. Mengenai fail surat menyurat Ketua Satu GAPENA dari Tahun 1990, ini semuanya tersimpan di Arkib Negara Malaysia .

PENYELENGGARAAN  | PENDOKUMENTASIAN
     
 

KEISTIMEWAAN DAN KEUNIKAN “KOLEKSI ISMAIL HUSSEIN”