- Pada tahun 1971 beliau dilantik sebagai Profesor Kesusasteraan Melayu.

- Beliau menjadi Ketua Jabatan Pengajian Melayu daru tahun 1979-1984.

- Beliau juga dilantik sebagai Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) pada tahun 1970 dan jawatan itu dipegang sehingga sekarang.

- Dari tahun 1969-1993 beliau menjadi Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, dan pada tahun-tahun terakhirnya menjadi Timbalan Pengerusinya.

- Antara lembaga lain yang dianggotainya: Panel Anugerah Sastera Negara, Majlis Penasihat Kebangsaan Berkenaan Kebudayaan dan Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan, dan Jawatankuasa Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara (selaku Timbalan Pengerusi).

- Beliau telah dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah oleh KDYMM Sultan Kedah Darul Aman pada tahun 1980.

- Aktiviti dan penglibatannya dalam bidang akademik mendapat penghargaan dan pengiktirafan daripada Universitas Indonesia yang menganugerahinya Ijazah Kehormat Doktor Honoris Causa pada tahun 1984.

- Pada tahun 1985 dalam acara simposium Dunia Melayu ke-2 yang diadakan di Sri Lanka , beliau dianugerahi pula gelaran Pendeta.

- Pada tahun 1993, beliau dianugerahi Darjah Panglima Setia Mahkota oleh DYMM Yang Dipertuan Agong Malaysia .

- Pada tahun 1995, beliau mendapat pingat Hukum Ngon Adat oleh Lembaga Adat dan Kebudayaan Aceh.

BIODATA   |   KOLEKSI BUKU
     
 

PENCAPAIAN