![]() |
![]() |
![]() |
|
|
Pihak PPAK telah menggubal satu dasar "Koleksi Ismail Hussein"untuk menentukan koleksi ini dipelihara, disimpan dengan kemas dan teratur dan dapat digunakan sebaik-baiknya. Bagi memudahkan pengawalan koleksi ini beberapa bibliografi telah disediakan. Usaha-usaha mencatat dan mengurus bahan-bahan agar ianya mudah dikesan dan dikenali untuk kegunaan penyebaran maklumat.
Katalog "Koleksi Ismail Hussein"merangkumi 3798 entri dan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:-
Bibliografi Dunia Melayu (Beranotasi) merupakan satu usaha menyebarkan maklumat mengenai Dunia Melayu yang terdapat di "Koleksi Ismail Hussein" Dengan adanya bibliografi ini ia akan memberi gambaran mengenai apakah yang dimaksudkan dengan “Dunia Melayu”. Penghasilan bibliografi ini penting memandangkan skop Dunia Melayu yang luas dan sebagai permulaannya dihasilkan sebuah bibliografi beranotasi berkenaan Melayu di Malaysia dalam pelbagai aspek.
Bibliografi dokumen "Koleksi Ismail Hussein"ini merupakan satu himpunan maklumat yang mewakili pelbagai bahan yang terdapat di dalam dokumen fail "Koleksi Ismail Hussein". Bibliografi ini meliputi 462 entri. Ia diambil dari pelbagai jenis buku, majalah, artikel, surat , kad ucapan selamat, gambar, ucapan-ucapan, keratan akhbar, kertas kerja dan laporan-laporan. Bibliografi tesis "Koleksi Ismail Hussein" (beranotasi) adalah tesis-tesis yang berada di dalam "Koleksi Ismail Hussein". Kebanyakan tesis-tesis yang disenaraikan dalam bibliografi ini merupakan hasil kajian dari para Pelajar Universiti Malaya(UM) dan juga sumbangan dari pengkaji-pengkaji. Sejumlah 67 entri tesis telah dikumpul di dalam bibliografi ini.
Bibliografi beranotasi Kesusasteraan Melayu Lama adalah satu usaha penyebaran maklumat mengenai Kesusateraan Melayu Lama yang terdapat di "Koleksi Ismail Hussein".
PENDOKUMENTASIAN "KOLEKSI ISMAIL HUSSEIN" |
||