![]() |
![]() |
![]() |
|
|
Upacara penyerahan "Koleksi Ismail Hussein" berlansung pada 24 Januari 1988 di Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah Darul Aman bersempena dengan ulangtahun keputraan KDYMM Tuanku yang ke-60.
"Koleksi Ismail Hussein" merupakan himpunan buku-buku, majalah, pelbagai surat dan dokumen, dan risalah yang dikumpulkan secara gigih sepanjang hayatnya yang jutaan ringgit harganya telah dengan rela hati diserap tuk diabadikan di negeri tanah kelahirannya. Koleksi yang dicumburui oleh pelbagai pihak dari dalam dan luar negeri itu merupakan koleksi peribadi ulung yang lengkap mengenai Dunia Melayu. Dengan menempatkan koleksi tersebut di negeri ini, sudah pastilah akan mendorong para pengkaji mengenai Dunia Melayu untuk berkunjung ke negeri ini dan sekaligus membina imej negeri Kedah di mata luar.
"Koleksi Ismail Hussein" boleh dijadikan pusat pengkajian oleh para cendekiawan dan para ilmuan yang ingin mendalamkan ilmu mengenai ‘Dunia Melayu', khususnya tentang bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Bahan koleksinya juga merangkumi bahan kegiatan sebagai aktivis sastera, samada sewaktu menjadi pemimpin pena (1960-1970) mahupun Ketua Satu GAPENA, sejak 1970 hingga kini.
Fail dokumentasi, mengandungi bahan-bahan lepas yang terbesar di Malaysia mengenai kegiatan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia yang dianggotai oleh 24 badan-badan kerabatnya di semua negeri di Malaysia termasuk kegiatan peribadi Ketua Satunya Tan Sri Ismail Hussein, serta meliputi dokumen-dokumen dari dunia berbahasa Melayu di Asia Tenggara dan kelompok-kelompok berbudaya Melayu antarabangsa.
PERASMIAN “KOLEKSI ISMAIL HUSSEIN” |
||