Pihak PPAK telah menjalani satu rentetan yang cukup terperinci apabila menyorot kembali peristiwa detik - detik dan rentetan sejarah penubuhan "Koleksi Ismail Hussein". PPAK telah berusaha untuk meyakinkan Prof. Tan Sri Dato' Pendeta Ismail Hussein tentang keupayaan dan kebolehan mereka mengurus dan mengelolakan koleksi ini. Apabila segala-galanya berjaya meyakinkan pemiliknya barulah koleksi ini diwujudkan. Beberapa pertemuan telah diadakan bermula dengan satu pertemuan di majlis makan malam Dialog Utara di Kangar, Perlis. Seterusnya disusuli pula dengan satu perbincangan di Indonesia dan sekali lagi pertemuan dilakukan di Universiti Malaya. Akhirnya kunjungan Tan Sri Prof. ke PPAK telah meyakinkan beliau untuk memindahkan koleksi beliau ke PPAK dengan syarat - syarat tertentu:-

1. Di peringkat pertama ianya atas dasar pinjaman.

2. Koleksi disimpan di bilik tersendiri dan tidak dicampur dengan koleksi lain.

3. Koleksi diberi nama rasmi "Koleksi Ismail Hussein".

4. Katalog lengkap koleksi disusun dengan seberapa segera sebelum dicetak.

5. Sebaik upacara rasmi koleksi diwujudkan selepas katalog diterbitkan.

6. kemungkinan hubungan yang agak rasmi dengan pustakaan, misalnya selaku consultant kehormat agar dapat datang ke perpustakaan sekali sekala dengan sedikit kemudahan.

7. Bebas untuk menggunakan kemudahan untuk meninjau seberapa banyak yang diperlukan.

8. Koleksi tidak digunakan oleh umum sehingga katalog sudah lengkap dan tercetak.

Setelah dipersetujui syarat-syarat oleh kedua pihak maka pemindahan koleksi peribadi telah dijalankan. Bahan-bahan diambil dari pelbagai tempat iaitu di kediaman beliau dan juga di Universiti Malaya. Bahan-bahan yang telah diserahkan telah dicopkan dengan tanda "Koleksi Ismail Hussein". PPAK menberi pengakuan pada setiap bahan yang diterima dan disamping turut menyediakan senarai penerimaan.

Katalog "Koleksi Isamail Hussein" telah dicetak mengikut sistem perpustakaan dan diedarkan pada majlis tersebut. Berikutan dengan kejayaan menguruskan "Koleksi Isamail Hussein" , selain daripada itu pihak PPAK telah menerbitkan "Koleksi Abdullah Hussein" dan buku "Ismail Hussein: Segugus Pandangan Dan Harapan". Kemudian diterbitkan pula buku "Ismail Hussein: Koleksi ucapan-ucapan". Bersempena dengan majlis itu telah diadakan pameran dunia Melayu dan juga Seminar Dunia Melayu di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Di atas sumbangan dan jasa Prof. Tan Sri Dato' Pendeta Ismail Hussein kerajaan negeri yang bermesyuarat pada 18 Mac 1987 telah bersetuju:-

1. Melantik Prof. Tan Sri Ismail Hussein menjadi ahli jawatankuasa PPAK.

2. Bersetuju memberi elaun perjalanan kapal terbang kelas pertama pergi dan balik untuk dirinya bagi sesuatu acara rasmi berhubung dengan PPAK.

3. Bersetuju memberi kemudahan secara percuma menggunakan kereta rasmi kerajaan negeri semasa menghadiri acara rasmi kerajaan negeri

KOLEKSI KIH    |   GAPENA
     
 

SEJARAH PENUBUHAN "KOLEKSI ISMAIL HUSSEIN"